Khamis, 31 Disember 2009

Hikmah penurunan ayat suci al-Quran


AL-QURAN adalah kalam Allah yang diturunkan melalui Nabi Muhammad saw, pembawa amanat yang jujur dan tanggungjawab. Al-Quran yang dibawanya mengandungi undang-undang dan petunjuk bagi umat Islam dalam mengatur tujuan hidup dan kehidupan sejagat. 

Firman Allah bermaksud: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu adalah) Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan salah...” - (Surah al-Baqarah, ayat 185). 

Apakah al-Quran? ‘Quran’ menurut pendapat yang paling kuat seperti dikemukakan Dr Subhi Al Salih bererti ‘bacaan,’ asal kata qara’a. Kata al-Qur’an berbentuk masdar dengan erti isim maf’ul iatu maqru’ (dibaca).

Dalam al-Quran ada pemakaian kata ‘Quran’ seperti dalam ayat 17 dan 18, Surah al-Qiyaamah. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya mengumpulkan al-Quran (dalam dadamu) dan (menetapkan) bacaannya (pada lidahmu) itu adalah tanggungan kami. Kerana itu jika kami telah membacakannya, hendaklah kamu ikut bacaannya.” 

Kemudian dipakai kata ‘Quran’ untuk al-Quran yang dikenal sekarang ini. 

Ada pun definisi al-Quran adalah: “Kalam Allah yang juga mukjizat yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad dan yang ditulis di mushaf dan diriwayatkan dengan mutawatir serta membacanya adalah ibadah.’

Dengan definisi ini, kalam Allah yang diturunkan kepada nabi selain Nabi Muhammad tidak dinamakan al-Quran seperti Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa dan Injil (Nabi Isa). Dengan demikian pula, Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad yang membacanya tidak dianggap sebagai ibadah seperti hadis Qudsi, tidak pula dinamakan al-Quran. 

Bagaimanakah al-Quran diwahyukan? Nabi menerima wahyu dengan pelbagai cara dan keadaan, antaranya: 


  •  Malaikat memasukkan wahyu itu ke dalam hatinya. 

    Dalam hal ini, Nabi Muhammad tidak melihat sesuatu pun, hanya berasa ia sudah berada dalam kalbunya. - (Surah Asy Syuura, ayat 51).


  •  Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi berupa seorang lelaki yangmengucapkan kata-kata kepadanya sehingga beliau mengetahui dan hafal kata-kata itu. 


  •  Wahyu datang kepadanya seperti gemerincingnya loceng. 

    Cara inilah yang amat berat dirasakan Nabi. Kadang-kadang pada keningnya keluar peluh walaupun ketika wahyu itu turun pada musim sejuk yang teruk. 

    Ada kalanya, unta yang Baginda tunggang terpaksa berhenti dan duduk kerana berasa amat berat apabila wahyu itu turun. 


  •  Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi, tidak berupa seorang lelaki seperti keadaan di atas, tetapi benar-benar seperti rupanya yang asli. Hal ini disebut dalam ayat 13 dan 14 Surah an-Najm. 

    Al-Quran diturunkan beransur-ansur dalam masa 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23 tahun, 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. 

    Hikmah al-Quran diturunkan secara beransur-ansur itu adalah: 


  •  Lebih mudah difahami dan dilaksanakan. Orang tidak akan melaksanakan suruhan dan larangan sekiranya ia diturunkan sekali gus secara banyak. Hal ini disebutkan oleh Bukhari dan riwayat Aisyah. 


  •  Antara ayat itu ada yang nasikh dan ada yang mansukh, sesuai dengan permasalahan pada waktu itu. Perkara ini tidak dapat dilakukan sekiranya al-Quran diturunkan sekali gus. (Ini menurut pendapat yang mengatakan adanya nasikh dan mansukh). 


  •  Turunnya sesuatu ayat sesuai dengan peristiwa yang berlaku akan lebih mengesankan dan berpengaruh di hati. 


  •  Memudahkan penghafalan. 

    Orang musyrik bertanya mengapakah al-Quran tidak diturunkan sekali gus seperti disebut dalam al-Quran ayat 32, Surah al-Furqan. “Mengapakah al-Quran tidak diturunkan kepadanya sekali gus?” 

    Dijawab dalam ayat itu sendiri: “Demikianlah, dengan (cara) begitu Kami hendak menetapkan hatimu.” 



  •  Ada antara ayat itu jawapan daripada pertanyaan atau penolakan suatu pendapat atau perbuatan. Perkara ini seperti dikatakan oleh lbnu ‘Abbas. Hal ini tidak dapat terlaksana kalau al-Quran diturunkan sekali gus.

  • Khamis, 5 November 2009

    Isnin, 26 Oktober 2009

    Kelebihan Zikir Kepada Allah



    Allah Yang Maha Besar selalu mengingatkan kita di dalam kitab-Nya Al-Quran Al-Karim supaya berzikirillah seperti berikut:

    “Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari.” Surah 76: Al Insan, Ayat 25 & 26

    “Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.” Surah 7: Al A’raf, Ayat 205


    “Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” Surah 3: Al Imran Ayat 191

    “Sesungguhnya Aku lah Allah, tidak ada Tuhan selainKu, maka sembahlah Aku dan dirikanlah salat untuk mengingat Aku.” Surah 20 Ta Ha Ayat 14

    Petua Penawar Jiwa


    Nabi s.a.w. besabda yang bermaksud:

    " Sesiapa yang apabila dia berada di hamparan tidurnya beristighfar sebanyak tiga kali, dia
    memohon ampun kepada Allah, Allah s.w.t. akan mengampunkan dosa-dosanya."
    (hadis riwayat Ibn 'Asakir)

    Daripada Abu Hurairah r.a. beliau menceritakan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. datang kepadanya yang sedang bercucuk tanam. apabila nabi datang, Baginda bertanya kepada saya, "Wahai sahabatku Abu Hurairah mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu tanaman yang lebih baik daripada tanamanmu ini?" Aku menjawab, "Apakah dia ya Rasulullah?"


    Jawab Baginda, "subhanallah alhamdulillah walailahaillallah allahuakbar"

    adalah lebih baik lagi daripada tanaman ini. Apabila kamu berzikir kepada Allah s.w.t., setiap zikir yang kamu ucapkan Dia akan menanamkan untukmu sepohon pokok di dalam syurga.


    Diharap titipan ini dapat dijadikan pegangan kepada kita semua..sama-samalah kita jadikan zikir sebagai suatu amalan. Jika kita boleh mencari masa untuk makan dan berhibur, apa salahnya andai kita luangkan sedikit masa untuk mengingatiNYA dengan berzikir. Sebelum tidur, pupuklah hati kita agar memaafkan apa yang silap dan memohon maaf andai berbuat kesilapan. Kita imbas kembali perkara2 yang kita telah kita lakukan pada hari ini. Kita harus sentiasa bermuhasabah agar kita tidak terus leka dengan keduniaan..

    Kemanakah hendak pergi....


    Ke manakah halatuju anda sebenarnya?
    Jahiliyah atau Islam?
    Semuanya terletak pada diri anda sendiri..
    Tepuk dada tanyalah iman.

    Jika Islam pilihan anda..masuklah secara keseluruhannya..
    Amalkan ajaran Islam secara keseluruhannya.

    "Wahai orang-orang yang beriman!Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dgn mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan. sesungguhnya, syaitan adalah musuh yang terang dan nyata". (2:208)

    Adakah kita telah mengamalkan segala ajaran Islam?Bagaimanakah untuk menjadi seorang muslim yang sejati?sesungguhnya, jika kita menolong agama Allah nescaya Allah akan menolong kita..Mungkin bagi sesetengah orang fikir bahawa mereka tiada masa untuk mencari pengisian untuk diri sendiri kerana sibuk mencari kesenangan hidup. Namun, adakah kesenangan hidup hanya semata-mata dengan wang ringgit?Bagaimana dengan rohani kita? Sanggupkah kita biarkan hati kita kosong dan dahaga dengan ilmu agama? Sedangkan perut yang kosong boleh kita isi, kenapa tidak hati? Semuanya terletak pada diri kita sendiri..

    Penutup
    Cubalah sahabat-sahabat luangkan sedikit waktu untuk menambah bekalan dalam diri agar dapat menjadi generasi Islam yang utuh dan kuat. Sama-samalah kita berjuang untuk Islam. renungan ini bukan sahaja sebagai ingatan untuk sahabat tapi untuk diriku ini sendiri agar tidak leka.

    Lari tetap lari


    Buat Anak-anakku,
    Jalan ini masih jauh, sememangnya lurus tapi membukit, ditepinya jurang,



    Anak-anakku,
    Alam ini sedang merintih, sakit menanggung akibat kami yang terlupa, lupa tentang suara pepohon, lupa kelembutan embun, maka maafkan kami, dan kini biar kami tebus kembali dengan perjuangan ini, memperjuangkan pendidikanmu, agar kau tak ulangi kesilapan kami, takkan sama sekali.



    Anak-anakku,
    Atur langkahmu lebih hati-hati, cermatkan dengan cinta Illahi, biarkan yang lain bertelagah, ianya akan jadi buku sejarah, biarkan yang lain menyampah, ianya sekadar penambah perencah. (noktah)

    Kukejar dimanakah kau hendak lari


    Hidup ini bukan seperti video game, x-box atau seangkatan dengannya. Reality kadang kala perlukan pengorbanan yang teramat besar. Andai kata silap langkah tiada butang ‘pause’ dan tak mungkin untuk dimulakan semula, maka bagi aku kena kurangkan ujikaji terhadap kehidupan ini. Sejauh mana pun kebijaksanaan kita alam ini sukar untuk difahami, terkadang kita rasa sudah dekat denganNya, namun siapa yang lebih tahu?

    Sesuatu yang amat bermakna buat aku sekarang ini kerana aku semakin mengerti tentang kehidupan, reality kehidupan, maka aku proklamasikan TIADA LAGI UJIKAJI KEHIDUPAN, wah hahahahah haha aha…..

    Apa yang menyedarkan aku ialah sampai bila dan berapa lama lagi mampu aku bernyawa. Bukannya sebelum ini tak perasan tapi mungkin tiada kesedaran. Dalam usaha untuk menzahirkan Ad-deen Allah agar nyaman dan aman alam ini maka banyak perkara perlu dilakukan, maka lagi perlu kemahiran dan skill yang tinggi, maka lagi perlukan masa yang panjang. Maka lagi dan lagi disiplin diri serta motivasi yang terus cenderung ke arah memperkayakan diri dengan segala sumber yang mampu dicekup dalam apa sahaja ruang lingkup dan kategori perlu dilakukan, hahah hah ahaha.

    Adz Dzaariyaat : 56
    Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

    Persepsi ibadah perlu ditambah nilai, ibadah bukan setakat mengerjakan rukun Islam seperti solat, puasa, zakat, haji tapi setiap saat perlu dijadikan ibadah.

    Kerusi dicipta untuk kita duduk, maka fungsinya adalah untuk dilabuhkan punggungku diatasnya, maka agak tidak masuk akal dan kelakar andai kerusi dijadikan penghalau lalat. Apa yang aku cuba sampaikan dalam keadaan merepek ini adalah, setiap sesuatu ada fungsinya termasuk manusia yang diciptakan semata-mata untuk ibadah.

    Maka hendaknya sekalian manusia yang digelar manusia mampu, layak dan cukup rasa untuk ibadah. Alasan mahupun surat menyurat tidak dilayan. Itulah fitrah semulajadi manusia, iaitu tunduk taat pada Sang Pencipta. Memahami setiap saat adalah ibadah membuatkan kita sentiasa ingat pada Tuhan, mengingati perintahnya, bukan satu atau dua atau lapan belas tetapi semua perintah Allah. Semuanya sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah, bukan setakat berjanggut untuk malaikat bergayut-gayut akan tetapi ikut bagaimana Rasul menzahirkan sistem Allah( ceh silap cakap lagi, wah hahahah hahah).

    Sekian.

    Perjalanan Sang Amatur



    Saat-saat getir yang sedang aku lalui sekarang, menyesakkan nafas aku, bukan sebab lemas dalam kolam ikan atau tercekik aiskrim Mc’ D, tapi usaha untuk menyatukan manusia bukan mudah. Aku kira jika ditata seperti yang telah ditetapkan akan menghasilkan sesuatu, namun jangkaanku mula meleset. Ramai yang ke parit.





    Putus harapan? Tidak. Cuma sekadar mengira-ngira dosa yang mana lagi yang masih tidak aku tinggalkan. Akhlak bagaimana lagi perlu dipamerkan. Bila difikir-fikirkan, memang banyak lagi yang perlu diperbaiki, harg harg harg, kantoi betullah aku nie……





    Maka aku simpulkan, memang benar apa yang dikatakan bahwa kemenangan bukan satu titik akhir tapi kemenangan merupakan sebuah perjalanan, tidak akan ada yang sempurna melainkan Allah. Maka perjuangan juga ada cacat celanya namun bagi memastikan berada dalam zon kemenangan sesuatu perlu dilakukan. Pasti dan memastikan, sentiasa berada dalam sunnah rasul. Jika dalam perang, maka kita rencanakan soal peperangan mengikut Rasulullah, andai dalam perdamaian maka kita usahakan toleransi mengikut langkah Rasulullah.





    Terkadang aku terfikir. Apa rasanya hidup seperti mereka? Pagi kerja pukul lapan, rehat bersama ‘kit kat’ pukul satu, balik ke rumah pukul lima. Menghadap anak bini bagi yang dah kawin bagi yang bujang menghadap muka sendiri, ho ho hoho hooho……. BOSAN! Maka kita perlu bersyukur kerna kurniaan Allah yang amat bermakna masih dalam dakapan kita. Sahabat-sahabatku, bantulah aku dengan membantu dirimu(kalo nak belanje aku boleh gak, hah haha aha ha). Sama-sama kita tingkatkan keupayaan diri, saling lengkap-melengkapi. Mardhotillah. ;p



    Ibrahim:52.
    (Al Quran) ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan supaya mereka diberi peringatan dengan-Nya, dan supaya mereka mengetahui bahwasanya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran.



    BEZA BUKAN SAMA, SAMA CUMA BERBEZA



    semalam dan hari ini kau masih sama,
    meratapi kekurangan sendiri,
    kerana itu aku mengira lebih bagus laksanakan dari berbicara,
    bisu bukan beerti bisul,


    bertahun kami berjalan, berbuih didoa agar kami tempang,
    tetap kami berjalan, malah kini semakin berani berlari,
    ah! jatuh bangun perkara biasa, luka boleh diubati, lambat laun sembuh sendiri,
    tapi doa itu barangkali makin sepi, sudah tiada modal dalam mengeluh lagi,
    mengulangi perkara yang sama, makin bosan tanpa fakta,
    takut-takut jadi dusta, atau dalam hatinya sudah ditumbuhi kusta,
    nanah derhaka pada yang Maha Esa,
    atau baginya yang Esa itu tiada? atau yang Maha Esa bagi mereka dan aku berbeza?
    bagi aku yang Maha Esa paling berkuasa, dan aku hidup kerana Dia,


    kemenangan bukan satu titik akhir sayangku,
    kemenangan sebuah perjalanan,
    andai lingkup dunia ini, tetap ia perjalanan,
    tanyakan sendiri pada dirimu,
    apa hasil yang kau mahu?
    lakumu kau tanggung sendiri,
    kalau menang yang kau impikan maka usahakan,
    bukan sekadar bersandar kemalasan,





    Al-kitab didepanmu sahabatku,
    tiada alasan untuk kau duduk diam membisu,
    jika perjuangan ini kau kata kesilapan,
    maka betulkan, tapi bukan alasan untuk kau kembali ummi,
    jangan asyik meratapi, usia aku dan kau makin dimamah hari,
    aku melihat hati-hati yang rijal, maka yang kami seru hanya keikhlasan,
    apa belum cukup lagi kata Tuhan, yang mencari keredhaan pasti ditunjukkan jalan?,


    bukan mereka yang tentukan mana kita dihumbankan,
    syurga atau neraka, bukan kita yang empunya pilihan,
    buat kerana Allah bukan kerna diperintah Tuhan,

    Rabu, 14 Oktober 2009

    KISAH BERPISAHNYA ROH DARI JASAD

    Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.

    Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda.

    Baginda terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!"

    Rasulullah S.A.W berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!"

    Rasulullah S.A.W bertanya lagi: "Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya." Rasulullah S.A.W bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu."

    Maka bersabda Rasulullah S.A.W : "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk memandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan.

    Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut." Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh," Dan jika merea memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."

    Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidakakan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat."

    Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."

    Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."

    Tanda-Tanda Saat Kematian

    Tanda-Tanda Saat Kematian

    100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

    60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

    40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

    7 hari : Mengidam makanan.

    5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

    3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

    2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

    1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.

    Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).

    Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

    ******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******


    Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
    "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

    Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
    "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

    Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

    Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

    "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu
    Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

    "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

    Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

    "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

    Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

    "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

    "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

    Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

    Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

    1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
    2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
    3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
    4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
    5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
    6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
    7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."

    Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

    1. Orang-orang yang mati syahid.
    2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
    3. Orang berpuasa di hari Arafah.


    Sekian untuk ingatan kita bersama.

    Jumaat, 9 Oktober 2009

    Kisah Rasulullah disihir oleh seorang Yahudi Labid bin Al-A'sham

    عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ
    سَحَرَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَهُودِيٌّ مِنْ يَهُودِ بَنِي زُرَيْقٍ يُقَالُ لَهُ لَبِيدُ بْنُ الْأَعْصَمِ قَالَتْ حَتَّى كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهُ يَفْعَلُ الشَّيْءَ وَمَا يَفْعَلُهُ حَتَّى إِذَا كَانَ ذَاتَ يَوْمٍ أَوْ ذَاتَ لَيْلَةٍ دَعَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ دَعَا ثُمَّ دَعَا ثُمَّ قَالَ يَا عَائِشَةُ أَشَعَرْتِ أَنَّ اللَّهَ أَفْتَانِي فِيمَا اسْتَفْتَيْتُهُ فِيهِ جَاءَنِي رَجُلَانِ فَقَعَدَ أَحَدُهُمَا عِنْدَ رَأْسِي وَالْآخَرُ عِنْدَ رِجْلَيَّ فَقَالَ الَّذِي عِنْدَ رَأْسِي لِلَّذِي عِنْدَ رِجْلَيَّ أَوْ الَّذِي عِنْدَ رِجْلَيَّ لِلَّذِي عِنْدَ رَأْسِي مَا وَجَعُ الرَّجُلِ قَالَ مَطْبُوبٌ قَالَ مَنْ طَبَّهُ قَالَ لَبِيدُ بْنُ الْأَعْصَمِ قَالَ فِي أَيِّ شَيْءٍ قَالَ فِي مُشْطٍ وَمُشَاطَةٍ قَالَ وَجُفِّ طَلْعَةِ ذَكَرٍ قَالَ فَأَيْنَ هُوَ قَالَ فِي بِئْرِ ذِي أَرْوَانَ قَالَتْ فَأَتَاهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي أُنَاسٍ مِنْ أَصْحَابِهِ ثُمَّ قَالَ يَا عَائِشَةُ وَاللَّهِ لَكَأَنَّ مَاءَهَا نُقَاعَةُ الْحِنَّاءِ وَلَكَأَنَّ نَخْلَهَا رُءُوسُ الشَّيَاطِينِ قَالَتْ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَلَا أَحْرَقْتَهُ قَالَ لَا أَمَّا أَنَا فَقَدْ عَافَانِي اللَّهُ وَكَرِهْتُ أَنْ أُثِيرَ عَلَى النَّاسِ شَرًّا فَأَمَرْتُ بِهَا فَدُفِنَتْ

    Hadis Aisyah r.a katanya:
    Rasulullah s.a.w pernah di sihir oleh seorang Yahudi dari Bani Zuraiq yang bernama Labid bin Al-A'sham sehingga Rasulullah s.a.w merasakan seolah-olah melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh baginda. Pada suatu hari atau pada suatu malam Rasulullah s.a.w berdoa dan terus berdoa, kemudiannya bersabda: Wahai Aisyah, apakah engkau merasa bahawa Allah memberiku pertunjuk mengenai apa yang aku tanyakan kepadaNya? Dua Malaikat telah datang kepadaku. Salah satu di antara keduanya duduk di samping kepalaku, kemudian yang satu lagi duduk dekat kakiku. Malaikat yang berada di samping kepalaku berkata kepada Malaikat yang berada dekat kakiku atau sebaliknya (bercakap-cakap): Apa sakit orang ini? Yang ditanya menjawab: Tersihir. Seorang lagi bertanya: Siapakah yang menyihirnya? Yang satu lagi menjawab: Labid bin Al-A'sham Salah seorang bertanya: Di manakah sihir itu ditempatkan? Yang satu lagi menjawab: Pada sikat dan rambut gugur yang berada di sikat serta pundi-pundi yang diperbuat dari kurma jantan. Salah seorang bertanya: Di manakah benda itu diletakkan? Yang satu lagi menjawab: Di dalam telaga Zu Arwan. Aisyah menyambung lagi: Lalu Rasulullah s.a.w pergi ke telaga tersebut bersama beberapa orang sahabat baginda. Kemudian baginda bersabda: Wahai Aisyah demi Allah, seolah-olah air telaga itu berwarna inai (berwarna kuning kemerahan), kemudian pokok-pokok kurma yang ada di situ bagaikan kepala-kepala syaitan. Aku (Aisyah) bertanya: Ya Rasulullah, Mengapakah engkau tidak membakar saja benda itu? Rasulullah s.a.w menjawab: Tidak. Mengenai diriku, Allah telah berjanji menyembuhkanku dan aku tidak suka membuatkan orang ramai menjadi resah, kerana itulah aku menyuruh menanamnya.

    HADIS : RIWAYAT MUSLIM
    KITAB : SALAM
    BAB : Sihir

    Rabu, 30 September 2009

    Wasiat Kubur



    بسم الله الرحمن الرحيم

    السلام عليكم

    Abah berwasiat supaya kubur abah dan mak jangan dijadikan mangsa "penebus rasa bersalah" anak-anak.

    Maksudnya begini:

    Semasa ibu dan bapa masih hidup, anak-anak mengabaikan tanggungjawab mereka
    atas pelbagai alasan (sila rujuk kitab-kitab muktabar tentang tanggungjawab anak terhadap ibubapa) - alasan sibuk dengan urusan dunia yang tak akan habis sampai bila-bila, sibuk dengan urusan anak, isteri/suami masing-masing, sibuk dengan itu dan ini, hingga lah "tiba-tiba" salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka diperintah

    Allah untuk kembali kepadaNya... .. (sebenarnya tak ade kematian yang mengejut atau tiba-tiba - setiap kematian itu telah dirancang Allah lama sebelum manusia itu dijadikanNya. ... "tiba-tiba" itu hanya "tuduhan" manusia kerana bukankah kita rasa seronok hidup! Malahan pujangga dengan angkuhnya mendeklamasikan "aku mahu hidup 1,000 tahun lagi!)...

    Dalam kesedihan kerana kematian mereka, timbul lah rasa bersalah si anak kerana telah mengabaikan mereka semasa hayat, maka dilakukanlah perkara-perkara seperti berikut:

    1. upah orang bacakan Al Quran 40 hari, 40 malam (anak tidak pulak membacanya kerana maklum lah sibuk belaka....)

    2. upah orang bina kubur yang tercantik dan terhebat ("mak/abah memang patut diberi penghargaan ini kerana jasa mereka kepada aku"...)

    3.tabur berbagai-bagai bunga atas kubur ("aku sayangkan mak/abah"...walhal semasa hidup mereka, sekuntum bunga pun tidak pernah dihadiahkan! )

    4.cetak kitab Yaasin (siap tulis kat kulit depan "sempena kematian ibu/bapaku tersayang... .") dan edarkan kepada masjid - macamlah surau dan masjid tak cukup-cukup kitab Yaasin

    5.buat kenduri panggil "orang masjid" bacakan doa tahlil (maklum lah, anak tak sempat mendoakan ibubapanya. lagi pun "doa orang masjid ni lebih berkat"....)

    6. buat pelbagai kenduri "hari peringatan ke-3, ke-7, tahun ke-47....." kematian ibubapa

    7. sedekah pisang kat masjid......

    8..buat upah umrah setiap tahun (walhal dulu semasa hayat mereka, langsung "takde bajet nak hantar mak/abah gi umrah"; lagi pun keperluan umrah itu hanya sekali sepanjang hayat sahaja!)

    Selasa, 15 September 2009

    Bacalah dan Tolong Hayatilah Si Dia

    Pandai betul si dia itu..
    Ikut sahaja aku kemana
    Tanpa mengira waktu dan masa
    Selalu sahaja dia bersamaku

    Ke kiri,kanan
    Mahupun ke hadapan atau belakang
    Malah ke timur ke barat
    Tidak sama sekali
    Dia tinggalkan aku

    Pelik ya..
    Tika menghadiri kuliah dan ceramah
    Ada juga si dia
    Yang melakar dan melukis celak
    Pada mataku
    Membuatkan aku jadi tak keruan
    Lalu enak menjamu mimpi..

    Tika aku sibuk
    Bersama amal Islamku
    Ada juga si dia mendampingi..
    Argh!
    Apa yang si dia lakukan?
    Si dia
    Membisikkan padaku
    Supaya jadi cemburu
    Pabila sahabat lain bertungkus lumus di atas meja
    Menyiapkan assignment yang tak sudah
    Sedangkan aku
    Terpaksa berhempas-pulas
    Cuba memakmurkan Islam sedayaku


    Si dia..
    Memaksa diriku
    Supaya aku ada hati
    Kepada teman perjuanganku
    Yang hanya Tuhan Yang Maha Tahu
    Betapa sedaya upayaku
    Menghindarkan dan menghijab hatiku
    Daripada jatuh
    Ke lembah kotor itu


    Si dia..
    Memercik rasa malas,penat dan lelah
    Rasa berkira dengan amanahku,
    Rasa akulah insan yang paling dibebani,
    Rasa aku sudah bosan..
    Tika aku dihimpit pelbagai kerja
    Assignment,presentation untuk kuliah
    Kertas kerja, Laporan, Minit mesyuarat, Usrah, Tarbiyyah
    Yang tak bisa kudrat kecilku
    Menanggungnya

    Si dia
    Memaksaku
    Supaya aku tinggalkan kerja islami ku
    Supaya aku menjauh dari jalan yang penuh onak duri
    Supaya aku bersama mereka yang sedang bersuka-ria
    Supaya aku tidur nyenyak tanpa memikir masalah ummat
    Supaya aku senang bersama teman-teman menjelajah bandar
    Supaya aku hanya duduk menggoyang kaki,bebas dari bebanku…


    Ah!
    Teruknya si dia!
    Si dia ingat aku ini apa?
    Si dia,adakah engkau tahu aku ini siapa?
    Si dia tahukah semua ini kulakukan untuk apa?

    Ah!
    Masakan si dia itu tahu..

    Si dia!
    Engkau dulu pernah engkar pada Tuhanmu..
    Engkau angkuh,bongkak,sombong dan riak
    Dengan apa yang engkau ada
    Baru dijadikan dari api
    Sudah tidak mahu taat perintah Tuhanmu
    Supaya sujud pada Adam


    Si dia!
    Engkau tahu aku ini siapa?
    Aku diciptakan untuk apa?

    Adzaariyat : 56. “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.”

    Nah!
    Ini ayat Tuhanku
    Adakah masih tidak engkau fahami wahai si dia?
    Masakan engkau akan faham,
    Sedangkan engkau adalah makhluk

    Yang amat engkar,
    Nyata bagimu azab dan seksa..

    Tuhan,
    Bantulah aku
    Lepaskan aku dari si dia
    Yang sering membelengguku
    Yang sering mengganggu-gugat imanku
    Yang sering mencucuk hatiku..


    Ya Allah,
    Berikanlah segenap kekuatan kepadaku
    Agar aku tiada rasa lemah lagi
    Agar aku tidak kecundang lagi pada si dia
    Agar aku tidak rasa lelah,penat dan perit
    Dalam melalui jalanMU ini..

    Ya Rahman,
    Tidakku ingin futur dari jalan ini
    Aku tahu Tuhan,
    jalanMu ini penuh kemanisan
    walau KAU hampar dengan segala kesusahan..

    Ya Rahiim,
    jadikanlah aku pejuangMU
    yang tetap dan thabat dalam perjuangan yang tidak akan sudah ini
    yang hatinya hanya merindui syaheed di jalanMU
    yang hatinya sentiasa mencintaimu
    mencintai dakwahMU
    mencintai perjuanganMU
    biar pahit,getir,pedih..
    jadikan aku hambaMU yang tetap di sini..

    tuhan,
    memang si dia itu sudah janji
    bahawa dia akan mengganggu dan menggoda
    semua hambaMu
    menggugat keimanan kami
    meluluhkan semangat kami..
    si dia itu memang KAU laknatinya Tuhan..
    si dia itulah syaitan..

    yang tidak bisa pernah berhenti
    kecuali tika tiba hari itu..
    yaumussaah!!
    Tunggulah engkau duhai makhluk yang dilakanati,
    Akan datang janji dan azab tuhanku untukmu..

    Jumaat, 11 September 2009

    letih penat daaaaa

    salam alaik.....

    bln2 puase ni sdh tntunye sntiasa berasa penat dgn krja yg xprnah abes2...jd blh la jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

    Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :

    "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

    Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

    "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

    Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini. Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

    jd,jdkan lah ia sbgai pnwar n lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

    Sabtu, 5 September 2009

    Waktu Solat





    [Tukar Lokasi]
    GMT 8
    Arah Kiblat 292° 31′ 16″


    Waktu Solat
    Imsak 5:41
    Subuh 5:51
    Syuruk 7:08
    Zohor 13:15
    Asar 16:20
    Maghrib 19:19
    Isyak 20:28"

    Ahad, 30 Ogos 2009

    Lelaki dan Perempuan

    Bagaimana Dikatakan lelaki itu "Cantik"?? Dan bagaimana pula dikatakan wanita itu "Gagah"?? Cuba kita fikirkan..


    Kecantikan seorang lelaki bukanlah pada rupa fizikal tetapi murni rohaninya. Lelaki yang cantik, adalah:-

    1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan
    2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
    3) Lelaki yang memberi madu, walaupun setelah menerima racun berbisa
    4) Lelaki yang tenang dan lapang dada walaupun dalam konflik
    5) Lelaki yang baik sangka dan sentiasa memikir untuk kebaikan diri dan orang sekelilingnya.
    6) Lelaki yang tak pernah putus asa, jauh sekali mengeluh berkali2.

    Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Dan keseluruhan kecantikan itu ada pada Nabi Muhammad dan ianya adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki Kegagahan seorang wanita bukan pada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

    1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
    2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
    3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
    4) Perempuan yang tidak meminta2 agar dipenuhi segala keinginan. Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

    sebab hidup menjadi susah

    Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang:


    1. Tidak sembahyang atau solat.
    2. Tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
    3. Makan atas pinggan yang terbalik.
    4. Memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri..
    5. Menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
    6. Berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
    7. Suka bersandar pada pintu rumah.
    8. Suka duduk di atas tangga.
    9. Membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
    10. Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.

    11. Tidak membersihkan rumah.
    12. Membuang sampah atau menyapu dengan kain.
    13. Suka membersihkan rumah pada waktu malam.
    14. Suka tidur di atas muka.
    15. Membakar kulit bawang.
    16. Menjahit baju yang sedang dipakai.
    17. Mengelap muka dengan baju.
    18. Berdiri sambil bercekak pinggang.
    19. Tidur tidak memakai baju.
    20. Makan sebelum mandi hadas.

    21. Tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
    22. Pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
    23. Lambat pulang dari masjid.
    24. Doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
    25. Kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
    26. Suka memadam pelita dengan nafas.
    27. Membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
    28. Membasuh kaki dengan tangan kanan.
    29. Membuang air kecil pada air yang mengalir.
    30. Memakai seluar sambil berdiri.

    31. Memakai serban sambil duduk.
    32. Mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
    33. Makan dengan menggunakan dua jari.
    34. Berjalan di antara kambing.
    35. Berjalan di antara dua perempuan.
    36. Suka mempermainkan janggut.
    37. Suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
    38. Meletakkan tapak tangan pada hidung.
    39. Suka menggigit kuku dengan mulut.
    40. Mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.

    41. Mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
    42. Menguap ketika solat.
    43. Meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

    IBU

    Orang kata aku lahir dari perut ibu..
    Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
    Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
    Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
    Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
    Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
    Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
    Bila nak bermanja... aku dekati ibu
    Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
    Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
    Bila nakal, yang memarahi aku... ibu
    Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
    Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat
    marah..ibu
    Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu
    Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu

    Aku selalu teringatkan ..Ibu
    Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
    Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... Ibu
    Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
    Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
    Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
    Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
    Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
    Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
    Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
    Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
    Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
    Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
    Yang selalu puji aku.. Ibu
    Yang selalu nasihat aku.. Ibu
    Bila nak kahwin..
    Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu

    Aku ada pasangan hidup sendiri
    Bila seronok... aku cari pasanganku
    Bila sedih... aku cari Ibu
    Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
    Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
    Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
    Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
    Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
    Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
    Bila sambut valentine... Aku hadiahi bunga pada
    pasanganku
    Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan Selamat
    Hari Ibu
    Selalu... aku ingat pasanganku
    Selalu... Ibu ingat kat aku
    Bila..bila... aku akan talipon pasanganku
    Entah bila.. aku nak talipon Ibu
    Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
    Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
    Renungkan:
    Dulu Ibu kata: "Kalau kamu sudah habis belajar dan
    berkerja... bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
    bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun
    cukuplah".

    BERSAMBUNG LAIN KALI – HARAP MAKLUM

    Khamis, 27 Ogos 2009

    ILMU


    AMBILLAH ILMU ITU SEKALIPUN DARI SEORANG BUDAK, AGAR KITA TIDAK TERMASUK SENARAI ORANG YANG SOMBONG.
    Kalau kita hendak menasihati orang tanya hati kita dahulu.
    Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
    Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu.

    Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.

    Terima Kasih Perempuan

    SAYA tahu dan sedar saya bukanlah seorang lelaki yang terlalu baik dan sempurna.

    Sebagai seorang lelaki yang selalu mengembara, gelisah dan hidup sepenuhnya dengan kesunyian, saya selalu terdera dan tergoda untuk menghindarkan sunyi itu dengan pelbagai cara, yang kadang-kala menghampirkan saya kepada perkara yang tidak sepatutnya.

    Tetapi syukur Allah masih mahu membantu memelihara diri saya agar tidak menjadi rosak dan punah. Begitu saya hampir terlajak, saya menjadi segera insaf dan kembali ingat dari mana saya datang dan ke mana saya akan pulang.

    Kerana itu, ketika saya mengenal seorang perempuan yang hadir di dalam kehidupan saya, saya sangat ingin berterima kasih kepadanya dan sekaligus juga kepada Tuhan.

    Kerana perempuan yang satu ini, tidak hanya mencabar keegoan lelaki saya dengan kebijaksanaannya, tetapi sekaligus juga dia berani mengajak saya pulang ke jalan yang benar.

    Dan memang segala itu dengan kehendak dan ketentuan Allah juga. Malah dengan dan kerana usaha serta niat saya selama ini yang juga memang tidak mahu hidup selamanya seperti orang yang sesat dan kurang beragama.

    Saya mahu kembali ke jalan yang baik dan benar, tetapi tidak mustahil sesekali boleh tersesat dan hampir lupa. Mujur Tuhan cepat menyedarkan saya dan sekaligus juga perempuan yang satu ini hadir dengan kebijaksanaan dan keberaniannya mengajak saya pulang.

    Untuk itu, kepada perempaun yang baik ini, saya tuliskan sebuah sajak untuknya. Sajak itu adalah ini:

    Kerana Perempuan

    IBU, isteri, adik, anak dan beberapa kawan saya adalah perempuan. Tanpa perempuan, saya tidak mungkin lahir ke dunia. Kerana itu perempuan bagi saya sebagai seorang lelaki adalah makhluk Allah yang sangat memberi makna dan erti, serta terlalu besar jasanya kepada saya.

    Kerana dengan perempuanlah saya mengenal makna cinta, rindu, kasih dan sayang. Malah kerana perempuan jugalah saya belajar berbagi rasa dan kehendak, tidak terlalu memikirkan kepentingan diri dan sendiri.

    Menyedari itu jugalah saya semakin menjadi mengerti dan lebih berwaspada agar tidak selalu sampai terdorong mahu menyakiti perempuan. Perempuan, walau tidak semestinya sentiasa mesti dilindungi, sehingga memperlekehkan kebolehan dan kebijaksanaan yang dimilikinya sendiri, tetapi saya sedar tidak perlu disakiti walau dengan cara apa pun.

    Perempuan juga manusia dan kerana itu perlu dilayan serta diperlakukan sebagaimana layaknya seorang manusia.

    Walau kerananya, ada juga lelaki yang menjadi sakit atau terseksa, tetapi saya kira itu pun bukanlah kerana salah seorang perempuan.

    Perempuan tetap perempuan dan lelaki tetap lelaki. Walau berada di kutub gender yang berbeza, namun keduanya saling lengkap dan melengkapi. Seperti setiap pasangan yang lain pada jasad diri manusia. Saling perlu dan memerlukan.

    Sesungguhnya, Allah yang lebih mengetahui dan mengerti segala-gala yang di dalam ketentuanNya.

    Jumaat, 3 Julai 2009

    ITULAH KITA

    Orang Melayu adalah satu bangsa yang cukup hebat. Tidak ada senjata dan kekuatan fizikal mampu melemahkan orang Melayu. Tapi orang Melayu selalu tewas kerana sifatnya. Mudah percayai orang lain. Tidak sekali2 berburuk sangka kepada orang lain. Lantas membiarkan orang lain mengambil peluang ke atasnya. Bak kata Usman Awang,

    Melayu itu orang yang bijaksana
    Nakalnya bersulam jenaka
    Budi bahasanya tidak terkira
    Kurang ajarnya tetap santun
    Jika menipu pun masih bersopan
    Bila mengampu bijak beralas tangan
    Menyanggah dengan senyum
    Marahnya dengan diam
    Merendah bukan menyembah
    Meninggi bukan melonjak
    Watak Melayu menolak permusuhan
    Setia dan sabar tiada sempadan
    Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
    Selagi yang ada sanggup diberikan
    Sehingga tercipta sebuah kiasan:

    "Dagang lalu nasi ditanakkan
    Suami pulang lapar tak makan
    Kera di hutan disusu-susukan
    Anak di pangkuan mati kebuluran"

    Itulah Melayu, asalnya Nusantara. Walaupun tidak pasti di mana asal tanahairnya. Pastinya Melayu itu sifatnya menterjemahkan Muslim Mukmin dikisahkan Illahi dlm Kitab Suci Al-Quran. Rungkaikan sifat seorang Muslim Mukmin dan bandingkan sifat seorang Melayu. Sejak `Azali , Muslim Mukmin itu adalah Melayu

    Rabu, 1 Julai 2009

    Mutiara Hati

    Koleksi Mutiara kata 1
    * Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur.
    * Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
    * Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.
    * Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.
    * Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.
    * Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.
    * Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.
    * Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
    * Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.
    * Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
    * Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.
    * Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.
    * Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impi
    an.

    Mutiara Hati

    Koleksi Mutiara kata
    * Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur.
    * Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
    * Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.
    * Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.
    * Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.
    * Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.
    * Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.
    * Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
    * Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.
    * Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
    * Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.
    * Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.
    * Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.

    Ahad, 28 Jun 2009

    KENANGAN BERSAMA ARWAH ISTERIKU TERCINTA







    KENANGAN ANAK KESAYANGANKU BERSAMA ARWAH ISTERIKU TERCINTA..





    ANAK KU YANG PERTAMA











    ANAK KU YANG KE - 2









    Andai sampainya masa

    Andai sampainya waktu aku harus tinggalkan mu
    Akan aku berlalu bila tiba saat itu
    Tak guna kau merayu dan tak perlu menahanku
    Kerana yang berlalu kehendakmu

    Hanya tuhan yang lebih tahu
    Susah senang hidup dengan mu
    Sumpah janji semakin layu
    Hingga kini jatuh satu persatu
    Engkau membiarkan ku

    Air mata bertamu tidak kenal erti jemu
    Menemani hatiku tidak mengenal ruang waktu
    Mengapa dari dulu tak kau kata kan padaku
    Kehadiranku ini menyusahkan

    Yang terhalang kejujuranku
    Dan yang terbilang kesilapanku
    Memang payah dimengertikan
    kerana tertutup pintu hati mu
    Terima penjelasan

    Biar apa jua tafsiran
    Yang ingin kau nyatakan
    Aku rela terima semua....

    Isnin, 22 Jun 2009

    Kelebihan Bulan Rejab


    KELEBIHAN BULAN REJAB

    Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

    * Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
    * Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
    * Puasa tiga hari pada bulan Rejab d! ijadikan parit yang panjang, yang
    menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
    * Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada
    penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
    * Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
    * Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
    * Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
    * Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
    * Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA
    KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
    * Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di TitianSirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
    * Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
    * Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
    * Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur). Berkata Saidina Ali:

    * Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
    * Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
    * Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

    Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.
    Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun! dan diberi minum air dari Syurga. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulanpahalanya.

    Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orangyangmeminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajibbaginya:

    * Diampunkan dosanya yang lalu.
    * Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
    * Terlepas dari dahaga di hari kiamat. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan. Ti! ap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi danpetang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

    Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: "Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekas! ihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar) Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus. Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim. Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemulia! an bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH. REJAB bulan menabur benih. SYA'ABAN bulan menyiram tanaman. RAMADHAN bulan menuai. REJAB menyucikan badannya. SYA'ABAN menyucikan hatinya. RAMADHAN menyucikan rohnya. REJAB bulan taubat. SYA'ABAN bulan muhibbah. RAMADHAN dilimpahi pahala amalan. P E R H A T I A N Beramalah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.


    Hakcipta terpelihara © 2009 purnama.inc

    Sabtu, 20 Jun 2009

    "Renungan Bersama"

    1 - Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini "
    2 - Kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini "
    3 - Ketiga. " Apa yang paling besar di dunia ini "
    4 - Keempat " Apa yang paling berat di dunia ini "
    5 - Kelima " Apa yang paling ringan di dunia ini "
    6 - Ke enam " Apakah yang paling tajam di dunia ini "