skip to main | skip to sidebar
BROTHER HB

Khamis, 5 November 2009

Eliminate Debt in 60 Days

Eliminate Debt in 60 Days
Dicatat oleh HAMDAN BAKAR di 7:45 PTG 0 ulasan
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

Twitter

translate

Carian

Pengikut

Blog Archive

  • ▼  2009 (31)
    • ►  12/27 - 01/03 (2)
    • ▼  11/01 - 11/08 (1)
      • Eliminate Debt in 60 Days
    • ►  10/25 - 11/01 (7)
    • ►  10/11 - 10/18 (2)
    • ►  10/04 - 10/11 (1)
    • ►  09/27 - 10/04 (1)
    • ►  09/13 - 09/20 (1)
    • ►  09/06 - 09/13 (1)
    • ►  08/30 - 09/06 (5)
    • ►  08/23 - 08/30 (3)
    • ►  06/28 - 07/05 (5)
    • ►  06/21 - 06/28 (1)
    • ►  06/14 - 06/21 (1)

BROTHER HB

Memuatkan ...

Senarai Blog

  • TANAH - AIR - API - ANGIN
    2 minggu yang lalu
  • Lenggang Kangkung
    Ayat Penawar Sakit
    5 tahun yang lalu
  • Sabda Nabi
    🎥 Free Download Looking Glass Full Movie
    6 tahun yang lalu
  • Tazkirah
    Hukum Menyambut Valentine’s Day
    7 tahun yang lalu
  • Minda Akob
    JANGAN ABAIKAN SUNNAH BERKAITAN SUTRAH KETIKA SOLAT.
    12 tahun yang lalu
  • Hembusan
    Baju Raya Baru
    12 tahun yang lalu
  • Parti keADILan Rakyat Parlimen Batu
    14 tahun yang lalu
  • BROTHER HB
    Hukum Solat Gerhana
    15 tahun yang lalu
  • Himpunan Doa Harian | Zikir dari Al-Quran dan Sunnah
    Doa harian dan Pengertian doa
    18 tahun yang lalu
  • Amzar 's blog
 

Penghancur Kelazatan & Perubahan Diri

Rasulullah Saw bersabda : "Perbanyakkanlah mengingati bagi segala penghancur pelbagai kelazatan (kematian)"..(riwayat At-Tirmidzi)

Bagaimana Engkau menginginkan sesuatu yang luar biasa padahal engkau sendiri tak mengubah dirimu dari kebiasaanmu? Kita banyak meminta, banyak berharap kepada Allah. Tapi sibuknya meminta kadang membuat kita tak sempat menilai diri sendiri. Padahal kalau kita meminta akan berakibat kita merubah diri, dan Allah akan memberi apa yang kita minta. Kerana sebetulnya doa itu adalah pengiring agar kita dapat mengubah diri. Jika kita tidak pernah mahu berubah diri kita menjadi lebih baik, maka tentu ada yang salah dengan permintaan kita”
-Hadis Riwayat Ibnu Ath-Tha’ilah dalam Kitabnya Al-Hikam

Melayu

Pernahkah kita bertanya dari mana asalnya bangsa Melayu. Siapakah Melayu itu sebenarnya. Asal-usul bangsa Melayu itu dikatakan sebagai satu misteri.

berdasarkan satu kajian bangsa melayu itu terdiri dari dua kumpulan. Kumpulan pertama adalah kumpulan Melayu-Levo atau lebih dikenali sebagai Melayu-Proto (contoh:orang asli). Mereka adalah dari keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s. Kumpulan kedua pula adalah Melayu-Deutro (contoh: Orang Melayu biasa) dari keturunan Nabi Ibrahim a.s. dari isteri ketiganya, Keturah (Keturah masih lagi misteri tetapi beliau berasal dari keturunan Melayu Kemboja).

Kumpulan pertama, iaitu Melayu-Levo datang dari kawasan pergunungan Himalaya dan menggunakan teknologi batu. Manakala, kumpulan kedua (Melayu Deutro @ Melayu Induk) di Nusantara menggunakan teknologi besi dan datang dari sekitar Kemboja. Ini bermakna, bangsa Melayu itu sendiri sudah maju.

Menurut Prof. Shaharir Mohd Zin, pendapat yang menyatakan bahawa perkataan "Melayu" yang berasal dari perkataan Jawa yang memberi erti "lari atau hijrah" ke Nosa Koncana atau Nusa Kencana (The Golden Chersonese @ Tanah Emas) ataupun ada pendapat yang menyatakan makna Melayu itu memberi erti "layu" atau dari perkataan Perancis (malaise) hanyalah hipotesis semata-mata dan terbukti tidak benar. Menurut beliau perkataan "malaya" dalam sanskrit dan "malai" dalam Tamil membawa maksud bukit. Setakat ini, antara bukti fizikal yang diketahui yang dapat dikaitkan dengan nama "Melayu" di Nusantara adalah di Jambi. Terdapat sebuah kerajaan silam di muara Batang Hari (sebatang sungai di Jambi), sebuah kawasan di pantai timur Sumatera Selatan bernama Melayu. Sebenarnya istilah Melayu itu sendiri sudah lama wujud di dalam teks sejarah. Malah, istilah Malayu telah ditemui terpahat pada sebuah patung yang ditemui pada 1286 di Padang Ruku (Roko @ Rocore), berhampiran muara Sungai Langat, Batang Hari dikatakan bertarikh 1029 Masehi.

Nama Melayu mungkin telah wujud sebelum Islam tersebar di Nusantara dan mungkin Melayu merupakan bangsa terawal di dunia selepas banjir Nuh a.s. (rumpun Melayu mempunyai terlalu banyak pecahan suku kaum). Menurut ahli kitab Nasrani, Nabi Nuh telah menjadi pemimpin selama 600 tahun selepas banjir besar tersebut, dan menurut mereka bangsa yang dipimpinnya adalah bangsa China yang berpusat di Asia Tengah atau Tibet. Bangsa ini mempunyai kelebihan dalam lautan dan ia menjadi satu kelebihan perluasan bangsa ini. Namun, bangsa yang dimaksudkan bukanlah bangsa China, sebaliknya bangsa Melayu (ketika itu digelar orang Funan - Hitti, Chatay atau Kattayo). Ini kerana, bangsa Melayulah yang menduduki Tibet dan menamakan banjaran tertinggi di dunia itu sebagai banjaran Himalaya. Bangsa Melayu juga yang amat mahir membina bahtera, meredah lautan serta menduduki 60% muka bumi sejak beribu tahun dahulu. Kemungkinan besar bangsa Melayu mahir dalam bidang kelautan kerana telah diajar oleh Nabi Nuh a.s. selama 600 tahun dahulu semenjak banjir besar tersebut.