Jumaat, 3 Julai 2009

ITULAH KITA

Orang Melayu adalah satu bangsa yang cukup hebat. Tidak ada senjata dan kekuatan fizikal mampu melemahkan orang Melayu. Tapi orang Melayu selalu tewas kerana sifatnya. Mudah percayai orang lain. Tidak sekali2 berburuk sangka kepada orang lain. Lantas membiarkan orang lain mengambil peluang ke atasnya. Bak kata Usman Awang,

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Itulah Melayu, asalnya Nusantara. Walaupun tidak pasti di mana asal tanahairnya. Pastinya Melayu itu sifatnya menterjemahkan Muslim Mukmin dikisahkan Illahi dlm Kitab Suci Al-Quran. Rungkaikan sifat seorang Muslim Mukmin dan bandingkan sifat seorang Melayu. Sejak `Azali , Muslim Mukmin itu adalah Melayu

Tiada ulasan: