Isnin, 26 Oktober 2009

BEZA BUKAN SAMA, SAMA CUMA BERBEZA



semalam dan hari ini kau masih sama,
meratapi kekurangan sendiri,
kerana itu aku mengira lebih bagus laksanakan dari berbicara,
bisu bukan beerti bisul,


bertahun kami berjalan, berbuih didoa agar kami tempang,
tetap kami berjalan, malah kini semakin berani berlari,
ah! jatuh bangun perkara biasa, luka boleh diubati, lambat laun sembuh sendiri,
tapi doa itu barangkali makin sepi, sudah tiada modal dalam mengeluh lagi,
mengulangi perkara yang sama, makin bosan tanpa fakta,
takut-takut jadi dusta, atau dalam hatinya sudah ditumbuhi kusta,
nanah derhaka pada yang Maha Esa,
atau baginya yang Esa itu tiada? atau yang Maha Esa bagi mereka dan aku berbeza?
bagi aku yang Maha Esa paling berkuasa, dan aku hidup kerana Dia,


kemenangan bukan satu titik akhir sayangku,
kemenangan sebuah perjalanan,
andai lingkup dunia ini, tetap ia perjalanan,
tanyakan sendiri pada dirimu,
apa hasil yang kau mahu?
lakumu kau tanggung sendiri,
kalau menang yang kau impikan maka usahakan,
bukan sekadar bersandar kemalasan,





Al-kitab didepanmu sahabatku,
tiada alasan untuk kau duduk diam membisu,
jika perjuangan ini kau kata kesilapan,
maka betulkan, tapi bukan alasan untuk kau kembali ummi,
jangan asyik meratapi, usia aku dan kau makin dimamah hari,
aku melihat hati-hati yang rijal, maka yang kami seru hanya keikhlasan,
apa belum cukup lagi kata Tuhan, yang mencari keredhaan pasti ditunjukkan jalan?,


bukan mereka yang tentukan mana kita dihumbankan,
syurga atau neraka, bukan kita yang empunya pilihan,
buat kerana Allah bukan kerna diperintah Tuhan,

Tiada ulasan: